Rabu, Mei 26, 2010
Kenangan Bersama Student Bengkel......Sem 3
Selasa, Mei 25, 2010
JAMUAN PENGHARGAAN AJK SURAU ILP: 25 MEI 2010
UJIAN DAN DUGAAN......ADA HIKMAHNYA....
Ujian dan Dugaan: Tanda Allah Sayang Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak.
Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.Ujian yang berbeza untuk mengukur keimananBerdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya.
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaanUjian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba.
Ganjaran menanti bagi yang diujiJelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.Nabi Allah juga diujiPara Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa.
Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;
1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
Isnin, Mei 24, 2010
MENGHAYATI PEMBENTANGAN
PEMBENTANGAN KUMPULAN;TAJUK: ILMU DAN ISLAM 25 MEI 2010
Alhamdulillah setiap kumulan yang dimanahkan untuk membentangkan tajuk; ILAM DAN ILMU, telah membentangkan hasil kerja berkumpulan dengan baik sekali. Secara peribadi saya berpuas hati degan setiap kumpulan. Kesimpulannya ialah; setiap ilmu itu sumbernya dan pengasasnya adalah daripada tokoh-tokoh ilmuan Islam. Setiap tokoh ilmuan Islam tersebut akan dipaparkan dalam blog ini dalam masa terdekat. Perkara yang penting sekali ialah mengamalkan ilmu yang diperolehi....TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA.
Langgan:
Catatan (Atom)