DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Rabu, Julai 14, 2010

MANUSIA SERUPA IBLIS


Rasulullah saw bertanya:"Wahai Iblis, siapakah manusia yang serupa dengan engkau?"Iblis berkata:"Wahai Nabi Allah, manusia yang serupa denganku ialah mereka yang selalu meringan-ringankan syariatmu dan membenci kepada orang-orang yang mempelajari dan melaksanakan hukum-hukum agama.
"Kesimpulan:Cuba renung, fikir dan selidiki diri kita, adakah kita termasuk golongan yang menyerupai iblis? ( kira adik-beradik iblis ).Kita kata kita taat kepada perintah Allah swt tetapi pada masa yang sama kita melakukan larangan Allah swt. Kita ambil setengah perkara yang disyariatkan oleh Allah swt dan meninggalkan setengah yang lain kira macam ISA ( Ikut Suka Saya ).
Kita kata kita cintakan Rasulullah saw tetapi pada masa yang sama kita tidak melakukan sunah yang ditinggalkannya. Kita merasakan bahawa sunah kita lebih bagus dan lebih baik daripada sunah Rasulullah saw.Kita kata kita cintakan Islam, kita baca kitab untuk memahami Islam, kita sanggup berbelanja untuk membeli kitab tentang Islam tetapi pada masa yang sama kita tidak menyenangi orang yang hendak melaksanakan Islam ( patut ke ).
Janganlah kita mengikuti jalan yang talah Iblis bentangkan. Janganlah kita menjadi sekutu Iblis laknatullah. Kita merasakan kita telah berjuang menegakkan jalan Allah rupa-rupanya kita terpesong jauh daripada landasan sebenarnya.
Salam hormat;
Wassalam

Isnin, Julai 12, 2010

HADIS PILIHAN

SABDA RASULULLAH SAW:

"sebaik-baik amalan ialah yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit"

(HR Imam Ahmad)

Keterangan:

Hadis di atas mengingatkan kepada kita tentang kepentingan istiqamah dalam amalan. Walaupun sedikit, sebagai contoh; solat sunat.....walapun tidak banyak tetapi istiqamah dalam amalan pada solat sunat yang menjadi rutin kita seharian.

Sekian, terima kasih