DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Khamis, Mei 13, 2010

Sumbangan kpd Al-Marhum Mohd Fitri


Al Fatihah untuk al-Marhum Mohd Fitri yang kembali ke RahmatuALLAH....


Kelihatan gambar penyerahan sumbangan dari warga ILP oleh En Mohd Nashir kepada ayah al-Marhum Mohd Fitri...


Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya......amin.



AlFatihah

Gambar Ceramah M.Rasul


Berikut adalah gambar sekitar ceramah M.Rasul....


Ceramah M.Rasul di Surau ILP Jitra

Ceramah Maulidur Rasul di Surau ILP Jitra telah disempurnakan oleh PTA Kubang Pasu; Syeikh Faisol. Alhamdulillah kehadiran semua warga ILP di Surau amat menggalakkan. Diharapkan semoga dengan program agama yang di adakan suasana agama akan dapat diwujudkan di kalangan warga ILP.

Seian, terima kasih.

TAZKIRAH BULANAN: JAMADIL AWAL

Sabda Rasululah saw:

"Sekiranya umatku mengetahui kelebihan solat jemaah Subuh dan Isyak, nescaya mereka akan datang walaupun dalam keadaan merangkak".

(HR Imam Bukhari dan Muslim)

Keterangan:

1. Hadis di atas martabatnya adalah MUTAWATIR yang bermaksud kedudukan hadis yang paling tinggi di dalam kedudukan semua hadis. Justeru bleh dijadikan hujjah di dalam semua hukum hakam.

2. Rasulullah menyatakan bahawa kelebihan solat berjemaah terutamanya Solat Subuh dan Isyak. Adapun kelebihan solat berjemaah telah jelas kedudukannya iaitu diberi ganjaran pahala 27 kali ganda dari solat bersendirian.

3. Kenapa Rasululah mengkhususkan dan mengutamakan dua solat tersebut.......?

(Jawapanya kena ikut majlis ilmu atau ikuti dalam catatan akan datang).

4. Justeru catatan ini menyeru kepada semua warga ILP Jitra khususnya student supaya dapat mengimarahkan Surau ILP Jitra.

Sekian, terima kasih.

Daripada:

Us Khairul Anuar bin Ahmad
P.Islam ILP Jitra.