Saidina Ali pernah didatangi seramai sepuluh orang untuk menguji beliau. Mereka hendak menguji sejauh mana kebijaksanaan Saidina Ali menjawab soalan yang dikemukakan. Mereka akan bertanya soalan yang sama tentang kelebihan ilmu berbanding dengan harta kekayaan tetapi berkehendakkan jawapan yang berbeza. Lalu Saidina Ali pun memberikan jawapan yang berbeza-beza.1. Ilmu ialah warisan para nabi dan rasul sedangkan kekayaan pula warisan Qarun. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.2. Ilmu menjaga kita sedangkan harta kekayaan kita yang harus menjaganya. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.3. Orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan orang yang berharta mempunyai ramai musuh. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.4. Ilmu jika diajarkan kepada orang lain akan semakin bertambah ilmunya sedangkan harta jika dibelanjakan akan semakin berkurangan. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.5. Orang yang berilmu akan dipandang mulia kerana keilmuannya sedangkan orang yang berharta kadang-kadang digelar sebagai orang yang bakhil atau kedekut. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.6. Ilmu tidak dapat dicuri tetapi harta dapat dicuri. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.7. Ilmu tidak akan lenyap ditelan waktu tetapi harta akan habis disebabkan peredaran masa. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.8. Ilmu itu memberi sinar di dalam jiwa manusia sedangkan harta berkemungkinan memberi kegelapan manusia. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.9. Ilmu itu tiada batas dan penghujungnya tetapi harta itu mempunyai batas dan hadnya. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.10. Ilmu lebih baik kerana ilmu pengetahuan yang ada pada nabi-nabi menggerakkan mereka berkata Allah swt " Kami berbakti dan taat kepadaMu kerana kami adalah hambaMu." tetapi harta kekayaan yang ada pada Firaun, Qarun dan Namrud menyebabkan mereka menjadi angkuh dan sombong. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.Cari dan tuntutlah ilmu kerana ilmu itu penyuluh jiwa, pengubat hati dikala berduka, menerangkan hati yang teraba-raba mencari cahaya, menjadikan manusia sentiasa berwaspada daripada hasutan syaitan durjana, mendekatkan manusia kepada Allah Yang Maha Esa
Rabu, Julai 21, 2010
Ahad, Julai 18, 2010
BACALAH AL-QURAN
Rasulullah saw bertanya:"Wahai Iblis, bagaimanakah keadaanmu apabila umatku membaca al-Quran?"Iblis berkata:"Apabila umatmu membaca al-Quran ikhlas kepada Allah swt maka akan hanguslah seluruh tubuhku dan aku merasakan semua urat sarafku putus dan segera aku melarikan diri menghindari diri daripadanya.
"Kesimpulan:Anda termasuk dalam kategori yang mana?
1. Anda hanya tahu membaca al-Quran sahaja.
2. Anda tahu membaca al-Quran dan memahami maksudnya terjemahannya.
3. Anda tahu membaca al-Quran, tahu maksudnya dan mengamalkannnya apa yang telah ditetapkan olehNya.
4. Anda tahu membaca al-Quran, tahu maksudnya, mengamalkannya dan menyampaikan kepada orang yang lain.
Beriman dengan kitab adalah Rukun Iman yang keempat.
Jadi tidak ada sebab untuk kita menolak segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt di dalam ayat-ayatnya dan tiada sebab juga untuk kita melakukan segala larangan yang telah terkandung di dalamnnya.
Langgan:
Catatan (Atom)