DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Sabtu, Julai 31, 2010

ISRA' DAN MIKRAJ


Israk dan Mikraj adalah satu daripada beberapa mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w.Israk adalah perjalanan Nabi Muhammad pada waktu MALAM dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.BURAQ merupakan kenderaan malaikat dan para nabi untuk tujuan tersebut.JARAK perjalanan yang begitu jauh telah disempurnakan oleh baginda pergi dan balik dalam tempoh tidak sampai pun satu malam - daripada waktu selepas solat Isyak dan tiba kembali ke bumi ( di Baitul Maqdis ) menjelang Subuh.Sidratul Muntaha terletak di atas lagi daripada langit ke tujuh.Manakala Arasy di atas lagi daripada Sidratul Muntaha.Pada waktu MALAM inilah nabi Muhammad s.a.w.ditunjukkan gambaran balasan-balasan terhadap manusia yang melanggar larangan Allah dan ganjaran terhadap rang-orang yang mentaati perintah Allah.PALING PENTING ialah pada malam inilah Nabi Muhammad s.a.w.menerima perintah sembahyang lima waktu secara langsung daripada Allah s.w.t.untuk semua manusia.Sembahyang adalah ibadah yang besar dan agung kerana beberapa amalan malaikat ada tercantum dalam sembahyang.Semasa Mikraj Rasulullah melihat para malaikat beribadat dengan cara masing-masing.Ada yang sentiasa bertasbih,sentiasa bertahmid,berdiri sahaja,rukuk sahaja,sujud sahaja,duduk antara dua sujud dan seterusnya.Ibadat inilah sebagai tiket yang membolehkan seseorang dihisab segala amalnya di akhirat kelak.ABU JAHAL mempersendakan cerita peristiwa ini serta menyanggahnya sedangkan Saiyidina Abu Bakar membenarkan peristiwa agung ini.Hanya orang-orang yang sudah tertutup pintu hati mereka,terus tidak percaya kepada Nabi Muhammad.Mukjizat-mukjizat yang berikan kepada Nabi Muhammad sebaliknya dianggap sihir.Ingatlah! Kita tidak boleh menjadikan sembahyang sebagai topeng keislaman atau lakonan lahir sahaja sedangkan hatinya tiada kekhusyukan terhadap Allah;mereka tidak mendapat pertolongan Allah,tidak digeruni oleh musuh-musuh Islam sebaliknya menjadi mangsa keganasan orang-orang kafir.Kita bimbang,memanglah jumlah Umat islam akan bertambah ramai,tetapi mereka hanya umpama buih di lautan dan menjadi hidangan ( korban penyembelihan ) kepada orang-orang kafir

Rabu, Julai 28, 2010

KEPENTINGAN NAMA


Sabda Rasulullah saw:

"Pada hari kiamat kelak kamu akan diseru degan nama-namamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu"


HR Imam Bukhari
Keterangan:
Dewasa ini ramai yang menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama idola masing-masing.Para ulamak menyatakan sebaik-baik nama ialah yang ada maksud perhambaan, iaitu Abdullah, atau yang dimulai dengan yang terpuji; 'muhammad', atau yangmempunyai maksud tertentu.
Justeru, perelokkanlah nama-nama anak-anak kita semoga menjadi anak-anak yang soleh solehah.....menjadi permata hati kepada kita......AMIN..........................

Selasa, Julai 27, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN


MARHABAN YA RAMADHAN......


Sabda Rasulullah saw:

" Di awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan di akhirnya selamat dari api neraka...."


Ya ALLAH sampaian kami pada RAMADHAN.....


AMIN

Ahad, Julai 25, 2010

AL FATIHAH


AL FATIHAH


Firman Allah swt:

" setiap yang hidup pasti akan menemui ajal"


para ulama menyatakan:


" dengan kematian itu sudah cukup untuk menjadi pengajaran kepada yang berakal"


khusus untuk anak perempuan En Nasir bin Samad, Tim Pengarah ILP Jitra diatas kematian anak perempuannya pada pagi isnin 14 Syaaban 1430/26 julai 2010.



Semoga ALLAh berikan kesabaran kepada kedua ibu bapanya.....


Amin....