DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Sabtu, Mei 22, 2010

Kelebihan Membaca Al-Quran


Rasulullah saw bertanya:"Wahai Iblis, bagaimanakah keadaanmu apabila umatku membaca al-Quran?"Iblis berkata:"Apabila umatmu membaca al-Quran ikhlas kepada Allah swt maka akan hanguslah seluruh tubuhku dan aku merasakan semua urat sarafku putus dan segera aku melarikan diri menghindari diri daripadanya."
Kesimpulan:Anda termasuk dalam kategori yang mana?
1. Anda hanya tahu membaca al-Quran sahaja.
2. Anda tahu membaca al-Quran dan memahami maksudnya terjemahannya.
3. Anda tahu membaca al-Quran, tahu maksudnya dan mengamalkannnya apa yang telah ditetapkan olehNya.
4. Anda tahu membaca al-Quran, tahu maksudnya, mengamalkannya dan menyampaikan kepada orang yang lain.
Beriman dengan kitab adalah Rukun Iman yang keempat. Jadi tidak ada sebab untuk kita menolak segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt di dalam ayat-ayatnya dan tiada sebab juga untuk kita melakukan segala larangan yang telah terkandung di dalamnya.
Jadikan budaya membaca Al-Quran sebagai amalan harian kita......upama kita tidak membaca akhabr harian...maka tidak dapat maklumat....maka jika kita tidak membaca Al-Quran hati-hati kita akan mati......tidak disinari dengan Nur Al-Quran....
Sekian, terima kasih.
Us Khairul Anuar bin Ahmad

Rabu, Mei 19, 2010

10 sahabat dijamin Syurga....Jadikanlah Mereka Idola Kita.......

Sepuluh Sahabat Yang Dijamin Masuk Syurga“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (Qs At-Taubah : 100)

Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
1. Abu Bakar Siddiq ra.Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut :“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis.

2. Umar Bin Al Khattab ra.Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat di hadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan permusuhan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasah perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Kufah, Iraq sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif di setiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar darimata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal di masa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin AwaamMemeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi WaqqasMengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti kesemua peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan kedua ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin ZaidSudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk mengintip gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin AufMemeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin JarrahMasuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada period kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18H di Urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Ahad, Mei 16, 2010

Tajuk Tugasan Sem 2

TAJUK-TAJUK TUGASAN SEM 2



1. Islam adalah sistem kehidupan yang sempurna. Terangkan dengan mengemukakan dalil-dalil aqli dan naqli untuk selesaikan masalah sosial masa kini.



2. Sitem mua’malat Islam adalah sistem yang mengutamakan konsep keadilan dalam urusan mua’amalat. Terangkan konsep mua’amalat dalam Islam dengan banding bezakan sistem mua’amalat kapitalis.


3. Bincangkan biodata Khulafa al-Rasyidin; Sayyidina Abu Bakar, Umar, Osman dan Sayyidina Ali dengan mengemukakan sejarah pemerintahan mereka.


4. Sistem perkahwinan Islam adalah amat lengkap dan sempurna. Terangkan sistem perkahwinan Islam yang mengutamakan ‘mawaddah’ dalam sesebuah keluarga.


Panduan:

i. Saiz font 12 dengan menggunakan Times New Roman.
ii. Jumlah m.s 15 – 25
iii. Mempunyai rujukan (bibliografi) khas untuk setiap fakta.
iv. Berkumpulan (3 org) atau individu
v. Menggunkan cover JTM- ILP
vi. Sebarang ‘copy n paste’ tidak akan diberikan sebarang pemarkahan.
vii. Tarikh akhir serahan adalah minggu keempat Mei 2010