DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Isnin, Ogos 22, 2011

SELAMAT HARI RAYA



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN;


diucapkan kepada semua warga ILP.


Semoga segala amalan diterima oleh ALLAH SWT.



Salam hormat;


Us Khairul Anuar bin Ahmad

Sabtu, Jun 18, 2011

MINUM BERDIRI:HIKMAH DAN HUKUMNYA



"Hadith
Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri.Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.


Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.


Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.



Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) dan saraf tunjang (3)


Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.


Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.


Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.


Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri.



Air zam-zam mengandungi khasiat yang tinggi


Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.


Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.


Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Isnin, Mei 09, 2011

TAZKIRAH DARI KETUA PENGARAH JTM



05 mei 2011 jam 11.00 AM bertempat di DKU ILP JITRA, Ketua Pengarah JTM telah memberikan 'tazkirah' untuk warga ILP JITRA. Antaranya ialah:






1. Amalan di dunia akan dibawa ke akhirat. Justeru mantapkan amalan kita.






2. Senantiasa ingat akhirat.






3. Senantiasa berdamping di Surau.






4. Majlis Agama hendaklah senantiasa dihadiri.






5. isikan ilmu agama dalam keadaan masyarakat hari ini sudah jauh dari agama.






Sekian, terima kasih

Isnin, April 04, 2011

BAGAIMANA 'AKAL' MENGENAL ALLAH SWT (1)


Mengenal Allah adalah fokus utama agama Islam. Tanpanya agama dan kehidupan menjadi kosong dan tanpa ruh. Segala amal perbuatan tanpa ruh adalah terbuang dan sia-sia. Pada hari akhirat kelak, segala amalan yang baik-baik, tetapi tanpa ruh akan menjadi debu-debu yang berterbangan. Ruh kehidupan adalah Allah, tuhan pencipta segala. Allahlah cahaya petala langit dan bumi.


Dialah pemula kehidupan, pengurnia rezeki, pencetus keindahan dan penawar kedukaan. Jadi, apalah erti sebuah kehidupan tanpa mengenal Allah? Justeru mengenal Allah, dorongannya kuat, natijahnya agung, manakala perjalanannya mengasyikkan dan menghiburkan sekali. Mereka yang terlorong memasuki medan juang mengenal Allah adalah mereka yang paling beruntung perniagaannya dan paling menikmati hidupnya itu. Manakala mereka yang berusaha dan berkerja di dunia tanpaNya, maka mereka tidak mendakwa selain dusta, palsu dan sesal yang berpanjangan. Maka marilah sentiasa bermula dengan mengenal Allah. Berpagilah setiap hari melihat kehidupan ini dengan harapan melihat Allah yang bertebaran keagunganNya di segenap pelusuk alam.


Bertasbihlah dan bertahmidlah memujiNya. Rasailah kebesaranNya dan bertakbirlah mengagungkan zatNya yang maha besar. Jika anda mengikuti perbincangan di kolum ini ( rujuk blog saya untuk ulangan ) sedari awal, anda sebenarnya telah dilorongkan untuk memahami secara jelas dan mudah betapa akal kita begitu mudah untuk duduk berteleku dan begitu tekun untuk mencari dan mengenali Allah. Wajah sentiasa berkerut untuk bertanya, siapakah Engkau? Atau jika telah mengenaliNya, akal akan terus mengasak, ah, sungguh Engkaulah tuhan yang selayaknya dipuja dan disembah oleh seluruh kehidupan ini. Telah dijelaskan bahawa akal adalah tunjang kepada taklif dan ujian Allah ke atas manusia di dunia ini. Ertinya Allah telah menentukan bahawa akallah yang akan memulakan tugas untuk melaksanakan kewajiban taklif tersebut. Tidakkah anda dapati bahawa segala kewajiban yang diwajibkan agama akan didahului dengan syarat utama bahawa seseorang muslim itu hendaklah berakal atau disebut ‘akil baligh’? Jadi, kewajiban pertama akal adalah mengenali Allah kerana dengannya manusia akan menerima taklif tersebut secara faham dan akur.


Ia adalah tuntutan dan matlamat penciptaannya oleh tuhannya. Sebelum kita melihat bagaimana akal berkerja secara semulajadi untuk mengenali Allah, kita perlu faham bahawa oleh kerana kewajiban ini adalah yang paling utama ke atas akal, maka sudah tentu Allah telah memudahkan laluan untuk akal memahaminya. Adalah sukar, bahkan mustahil difahami bahawa Allah sengaja memayahkan manusia memahami kewajiban dan taklif ini sehinggakan mereka kembali kepada Allah selepas mati dalam keadaan kebingungan dan terkial-kial kerana langsung tidak mengetahui hakikat dan tujuan penciptaannya di dunia dahulu. Tetapi tidakkah anda telah menyaksikan kejadian sebaliknya? Manusia hari ini seperti langsung tidak mengetahui dan tidak menghiraukan tujuan dan matlamat Allah menciptakan mereka, sebaliknya masing-masing membawa diri untuk memahami kehidupan, seterusnya membina sendiri matlamat masing-masing. Akhirnys kita melihat satu hakikat yang jelas, kekufuran di dunia ini jauh mendahului ketundukan dan keimanan kepada Allah.


Mengapa terjadi demikian? Hakikatnya, Allah telah menjelaskan kepada manusia melalui al Quran dan rasulNya bahawa hal sedemikian berlaku adalah kerana kesalahan manusia sendiri. Kesan kesalahan itulah yang menyebabkan manusia sering menolak untuk menerima segala keterangan dan bukti yang dihadapkan di hadapannya. Manusia berkeras untuk mengenal Allah dengan cara mereka, bukan dengan cara yang telah ditetapkan Allah sendiri secara mesti. Mengenal Allah adalah dengan akal, tetapi manusia berkeras bahawa selagi mereka tidak melihat Allah dengan panca indera mereka, maka selagi itulah mereka enggan untuk beriman dan tunduk kepada perintah tuhannya. Jika begitu, tidakkah anda dapat memerhatikan bagaimana mungkin kita akan sampai ke Singapura dengan mengambil laluan menuju kota Bangkok? Anda tanyalah non muslim di sebelah anda, mengapa mereka enggan memeluk Islam? Anda akan diberikan tiga jawaban mudah dan kesemuanya adalah gambaran kepada kesalahan-kesalahan yang ada di dalam diri mereka yang akan dijelaskan selepas ini.


Pertama, kerana mereka tidak melihat Allah. Hampir semua agama selain Islam menyembah tuhan yang dilihat walaupun dalam tafsiran yang pelbagai yang membayangkan keretakan dan belahan yang saling mendedahkan hakikat kepalsuan agama-agama tersebut. Mengapa begitu? Kerana mereka memaksakan diri sendiri untuk tidak memperakui selain apa yang diakui oleh mata dan telinag sahaja. Justeru Allah hilang daripada pertimbangan mereka kerana Allah itu termasuk urusan ghaibiyat. Ketika muslim menyembah Allah yang paling hakiki kewujudannya, mereka pula menuduh muslim sebagai penyembah waham dan dongengan!? Kedua, kerana mereka enggan menerima taklif dan bebanan agama Islam yang bercanggah dengan kehendak nafsu mereka seperti solat lima waktu, puasa dan berjihad di jalan Allah. Ertinya mereka segera memuktamadkan pencarian pra matang bahawa kehendak nafsu hendaklah diutamakan. Dalam erti yang lain, mereka mengenepikan akal.


Bolehkah anda bayangkan bahawa mereka akan menemui Allah dengan nafsu sebagai ganti akal? Mustahil bukan? Ketiga, kerana mereka melihat umat Islam lemah dan mereka lebih maju dan berilmu berbanding umat Islam. Ertinya, ketika menilai Islam , mereka menjadikan umatnya sebagai neraca pada benar atau palsunya ugama Islam. Sudah pasti ia adalah satu pertimbangan yang ditolak akal. Ia seperti menolak untuk membeli kereta Honda dengan alasan pemandunya selalu mabuk! Mengapa pula manusia bertindak sedemikian yang tidak mendatangkan apa-apa selain kerugian dan malapetaka buat diri sendiri? Mengapa begitu sukar untuk manusia mengenal hakikat kebenaran agama Islam sedangkan Islam dan akal adalah bagaikan bersaudara rapatnya? Ya, sekarang mari melihat jawaban al Quran yang bangkit menerangkan kepada manusia bahawa segala kecelaruan adalah disebabkan oleh mereka sendiri secara sengaja.


Said Hawa di dalam bukunya, ‘ALLAH’ menjelaskan empat faktor manusia terbias daripada mengenali Allah; Pertama, kejahilan. Maksud firman Allah: ‘Dan berkatalah orang-orang yang tidak tahu (jahil); ‘Kalaulah Allah dapat bercakap dengan kami atau datang kepada kami satu tanda kebesaranNya.’ Begitulah orang-orang terdahulu sebelum mereka juga berkata sama seperti kata-kata mereka. Hati mereka sama saling tak tumpah. Sungguh kami telah terangkan ayat-ayat kebesaran kepada orang-orang yang yakin.’ al Baqarah;118 Ayat ini menyifatkan mereka yang menuntut untuk melihat Allah sebagai mereka yang jahil. Ia juga menjelaskan bahawa golongan ini terus wujud dari dulu sehingga sekarang. Maka jelas sekali mereka gagal memanfaatkan kuasa akal mereka dek kejahilan yang berpunca daripada dalm diri mereka sendiri. Kalaulah mereka mencari ilmu..

Sabtu, Mac 05, 2011

TAJUK-TAJUK TUGASAN SEM 1,2 & 3



Assalamualaikum kepada semua pelatih Sem 1 - 3;


Berikut adalah tajuk-tajuk tugasan. Penerangan dalam sesi kuliah.


SEM 1 :


TAJUK-TAJUK TUGASAN SEM 1



1. Islam adalah ‘Addin’. Terangkan:

1.1. Taarif ‘Addin’
1.2. Keistimewaan Islam
1.3. Matlamat dan Dasar Tamadun Islam

dengan mengemukakan dalil-dalil aqli dan naqli disamping bunktikan bahawa dengan ISLAM sahaja yang dapat selesaikan masalah sosial masa kini.


2. Solat adalah tiang Agama. Bincangkan :

2.1. Taarif dan kewajipan solat.
2.2. Rukun-rukun solat dan bahagian-bahagiannya.
2.3. Sunat-sunat solat dan perkara yang membatalkan solat
2.4. Hikmat diwajibkan solat
2.5. Hukum meninggalkan solat




SEM 2:


TAJUK-TAJUK TUGASAN SEM 2



1. Islam adalah sistem kehidupan yang sempurna. Terangkan dengan mengemukakan dalil-dalil aqli dan naqli untuk selesaikan masalah sosial masa kini.



2. Sitem mua’malat Islam adalah sistem yang mengutamakan konsep keadilan dalam urusan mua’amalat. Terangkan konsep mua’amalat dalam Islam dengan banding bezakan sistem mua’amalat kapitalis.


3. Bincangkan biodata Khulafa al-Rasyidin; Sayyidina Abu Bakar, Umar, Osman dan Sayyidina Ali dengan mengemukakan sejarah pemerintahan mereka.


4. Sistem perkahwinan Islam adalah amat lengkap dan sempurna. Terangkan sistem perkahwinan Islam yang mengutamakan ‘mawaddah’ dalam sesebuah keluarga.



SEM 3:




1. Islam adalah sistem kehidupan yang sempurna. Terangkan dengan mengemukakan dalil-dalil aqli dan naqli untuk selesaikan masalah sosial masa kini.



2. Islam telah berjaya menakluki satu pertiga dunia. Terangkan perkembangan Tamadun Islam bermula pada zaman Rasulullah saw sehingga kini.


3. Bincangkan biodata Khulafa al-Rasyidin; Sayyidina Abu Bakar, Umar, Osman dan Sayyidina Ali dengan mengemukakan sejarah pemerintahan mereka.




Panduan:

i. Saiz font 12 dengan menggunakan Times New Roman.
ii. Jumlah m.s 15 – 25
iii. Mempunyai rujukan (bibliografi) khas untuk setiap fakta.
iv. Berkumpulan (3 org) atau individu
v. Menggunkan cover JTM- ILP
vi. Sebarang ‘copy n paste’ tidak akan diberikan sebarang pemarkahan.
vii. Tarikh akhir serahan adalah minggu keempat Mei 2010




Salam hormat;

Us Khairul Anuar bin Ahmad




Selasa, Mac 01, 2011

KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Sabda Rasulullah saw;
'Sekiranya umatku mengetahui kelebihan Solat Subuh dan Isyak berjemaah, nercaya mereka akan datang walaupun dalam keadaan merangkak'.

HR Imam Bukhari dan Muslim

Selasa, Februari 22, 2011

TAJUK SEM 3 :

PEMBENTANGAN KUMPULAN


ISLAM ADALAH SISTEM CAYA HIDUP: BINCANGKAN :

1. TAARIF ISLAM
2. MATLAMAT, DASAR,CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
3.

Dengan hubung kaitkan masalah-masalah sosial masa kini dan kaedah mengatasinya.


Panduan:


1. Setiap ahli kumpulan terlibat dalam pembentangan.
2. Tempoh masa pembentangan 20 – 30 minit.
3. Kreativiti teknik pembentangan.
4. Dalil, rujukan dikemukanan.




Sekian, terima kasih.


Salam hormat;

Us Khairul Anuar bin Ahmad
019-497 8068

Layari: lamannuraniiljitra@blogspot.com.

Selasa, Februari 15, 2011

ANTARA REDHA ALLAH DGN REDHA MANUSIA


Kali ini saya ingin berkongsi satu pandangan saya berkisar kepada tajuk dari sebuah kitab yang berbunyi “Ar-Ridho’ Bainallah Wa Bainannas” yang bermaksud “Antara Redha Allah & Redha Manusia”.kitab ini karangan Ulamak tersohor tanah air kita,Malaysia.kita seringkali menyebut perkataan ini tetapi ramaikah di kalangan kita yang memahaminya dengan kehendak dan tuntutan yang sebenar?wallahualam bissowwab.jika kita faham ertinya yang sebenar maka dapatlah kita memahami hokum dan syariat Allah SWT.cuba kita renung-renungkan hari ini berapa ramai orang yang mampu merealisasikan Redha manusia berbanding Redha Allah.orang lebih suka menjaga hati dan perasaan manusia lantasan mengetepikan perintah Allah SWT.atau dengan bahasa mudahnya,kena ikut trend,suasana,adat perlu didaulatkan dan sebagainya.ini antara istilah-istilah yang sangat merosakkan ilmu dan amalan.
Allah SWT berfirman,
“Dan janganlah kamu mencampur adukkan antara yang benar (halal) dan yang batil (haram),dan kamu menyembunyikan yang benar walhal kamu tahu (telah memahami akan halnya)”{QS 2:42}
Saya bertanya kepada rakan saya,”kenapa orang suka dedah aurat?”dia jawab,”mungkin dia sudah biasa dengan cara macam tu”.saya bertanya,”sejak bila agaknya dia sudah biasa dengan cara tu?”.”emm..mungkin sejak dia dah banyak bergaul dengan orang yang berbeza latar belakang agama,budaya dan sebagainya,mungkin juga dia ingin mencuba sesuatu yang dia rasakan puas atau ingin mengikut trend rakan-rakannya”.ini adalah jawapan dari kawan saya.
Saya bertanya pula kepada saudara saya yang perempuan,”kenapa orang perempuan suka pakai tudung singkat sehingga mendedahkan dada (perhiasannya)?”.mereka kata,”itu budaya sekarang,tak macam dulu pakai tudung labuh-labuh,sekarang ini kita kena ikut peredaran zaman..yang penting tutup aurat,pakai tudung juga oklah tu”.
Kita manusia biasa,juga melakukan kesilapan namun jangan dibiarkan dosa dan maksiat itu melekat dan sebati dalam hidup kita.kerana orang yang paling bodoh ialah orang sentiasa mengulangi kesalahan yang sama.tidak ada istilah “ingin mencuba yang lebih baik” dalam perkara maksiat.contohnya,orang yang putus cinta dengan kekasihnya,lantas ingin mencuba cari kekasih baru sedangkan usaha itu satu yang merosakkan hati dan dosa kepada Allah.sebaliknya,jadikanlah musibah itu sebagai satu pengajaran ke arah perubahan yang lebih baik dengan memperbanyakkan taubat serta menyesal dengan perbuatannya sebelum itu.terimalah teguran dengan memahami isi teguran itu,bukanlah siapa yang memberi teguran itu.tiada manusia yang sempurna imannya,namun semua teguran yang baik itu terimalah dengan hati yang lapang tanpa mempertikaikan orang yang menegur itu kerana selagimana namanya manusia pasti dia jugak tidak akan terlepas dari kesalahan.
Nabi SAW bersabda ,
“Lihatlah apa yang dia berkata (isi nasihatnya),janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata (orang yang member nasihat itu)”{HR Bukhari Muslim}
Saya bertanya kepada seorang junior saya,”kenapa awak tak pakai tudung?”.jawabnya,”orang yang pakai tudungpun lebih teruk dari saya.jadi takda makna juga kalau pakai tudungpun”.seterusnya saya Tanya,”kenapa awak couple?”,dia jawab,”cinta itu fitrah manusia,tak salah kan.kenapa kita mahu sekata kemahuan manusia?”.saya kata,”betul ke itu fitrah manusia?atau nafsu semata-mata yang dibalut dengan sikap kesombongan dan kejahilan?”.
Wahai manusia yang diciptakan Allah SWT,saya berani kata di sini ialah punca utama yang menyekat fitrah manusia itu ialah Kejahilan.ianya satu penyakit yang perlu diubati dengan Ilmu,lebih tepat lagi ialah Ilmu Agama.saya suka dengan kata-kata Cat Steven @ Yusuf Islam iaitu “Nasib baik saya kenal Islam dulu daripada saya kenal orang Islam”.mungkin ayat ini simple,namun bagi kita yang memahami hakikatnya,di mana hari ini orang Islam sendiri yang merosakkan Islam dengan trend pemakaian,budaya,percakapan dan sebagainya telah menyebabkan keindahan Islam itu sendiri terhijab.
Ulamak tersohor,Prof.Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebut dalam Fiqh Fil Aulawiyyat yang berbunyi,”sebenarnya Islam itu terhijab kehebatannya dengan orang-orang Islam sendiri”.inilah perkara penting yang seharusnya difahami secara ilmiah kepada kita semua bahawa Ilmu dan Amal itu wajib selari dengan jayanya agar tercapai Iman benar.ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW yang berbunyi,”sesungguhnya beza antara Islam dengan Kafir itu adalah solat”.ramai orang solat tetapi masih lagi melakukan maksiat kepada Allah.Allah berfirman,”sesungguhnya solat itu mencegah daripada kemungkaran dan kekejian”.jadi bagaimana hubungkaitnya antara kafir,islam dan solat yang masih tidak mampu memeliharanya dari melakukan maksiat?.ada orang kata,kita manusia biasa dan tidak terlepas dari dosa.jadi bagaimana?jawabnya saya nak sebutkan di sini bahawa Jumhur ulamak dari mazhab ahli sunnah wal jamaa’h bersepakat berijtihad bahawa “orang-orang yang melakukan maksiat ada dua jenis,pertama mereka yang tahu dan kedua mereka yang jahil.adapun orang yang tahu akan hukumnya maka tetap berdosa dan wajib bertaubat serta tidak mengulanginya lagi.sementara orang yang jahil maka dia juga berdosa kecuali dia tidak menemui akan rujukannya (iaitu guru yang mengajar).selagimana dia berusaha mencari guru,sedangkan ilmu itu masih lagi tidak dijumpai maka dimaafkan segala dosanya”
Mengapa kita perlu ikut kawan,perlu jaga hati manusia atau meniru budaya orang sekiranya perkara itu bertentangan dengan hokum dan syraiat Allah?lesen syurga kita bukan pada manusia.tidak salah ikut kawan atau manusia tetapi ingat haram ikut pada perkata yang ditegah oleh Allah.sebagai contoh,hari ini orang perempuan suka pakai tudung yang bersilang sehingga nampak bentuk dan saiz buah dadanya kerana kawan-kawannya di pejabat pakai macam tu.apa beza orang yang tidak pakai tudung langsung dengan orang yang pakai tudung tetapi mendedahkan aurat (dada)?,jawabya tiada beza.
Allah SWT berfirman,
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (sehingga menutup dada dan perhiasannya mereka) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”{QS 33:59}
Dalam Syarah Imam Ghazali R.A,beliau menyebut “bagaimana mengetahui kawasan dada itu.iaitu bermula dari dada sehingga ke pusat.ini bermakna selagimana pamakaian tudung itu tidak menutupi sehingga ke pusat bermakna masih belum dikira menutup aurat dan tetap berdosa sebagai mendedahkan aurat.adapun bahagaian belakangnya dengan menutupi sehingga terlindung tulang belikatnya,sementara di kiri kanannya dengan menutup kedua-dua bahunya”.(Matla’ Al-Badrain)
Oleh kerana masyarakat hari ini tidak terdedah kepada Ilmu dan pengamalan yang sempurna maka pakai tudung sekadar mengikut orang,bercouple kerana kawan-kawan couple,hisap rokok kerana kawan-kawan dan sebagainya.akibat daripada kejahilan inilah manusia terus dibelenggu kejahilan dan menjadikannya sombong dan bongkak.ayuh manusia,kita ada kehidupan yang kekal di akhirat kelak.masih banyak amanah Allah yang belum kita sempurnakan,bagaimana pula kita sempat lagi mengisi ruang itu dengan kemungkaran.hukum dan syariat ini adalah hak mutlak Allah.ianya bukan disebabkan keperibadian seseorang itu.wajib solat misalnya,jadi tidak kiralah orang itu ikhlas atau tidak,baik atau jahat.yang penting solat tetap wajib.soal dia mencuri selepas solat,berzina,minum arak dan sebagainya itu masalah dirinya sendiri.begitu juga halnya tutup aurat.walaupun orang yang tutup aurat berzina,tidak solat dan sebagainya itu adalah masalahnya sendiri.soal aurat tadi dia sudah lepas,manakala soal dia jahat atau buat dosa itu masalah lain.jadi kita harus memahami perbezaan antara hokum dan perangai orang itu.
Baru-baru ini saya diberi peluang bersama-sama dengan sahabat mengikuti Ops Dakwah Anti-Zina sempena malam Valentine’s Day anjuran Kerajaan Negeri.dengan di escort oleh rakan-rakan dari RELA,JAIS,Majlis Perbandaran (MPKj) dan Penguakuasa,kami lebih yakin dan berani bertindak untuk memberi tazkirah,edar poster,flyers dan sebagainya.yang ingin saya ketengahkan dalam hal ini ialah bagaimana kami berhadapan dengan anak-anak muda yang bercouple berpeleseran di pusat-pusat hiburan,taman-taman bunga,tepi pantai dan shopping complex.kami berpeluang bersembang,menegur dan menasihati mereka dengan dikawal ketat oleh rakan-rakan dari badan kerajaan.soalnya,ada di kalangan mereka itu barangkali saudara kita,abang,kakak atau adik beradik kita,jadi anggaplah mereka itu lebih mulia dari kita kerana jika mereka diberi hidayah oleh Allah boleh jadi mereka lebih baik dan bertaqwa dari kita.jangan menghina mereka kerana boleh jadi mereka lagi mulia dari kita.atas kata-kata inilah ada diantara mereka yang dilembutkan hati oelh Allah sehingga menangis..alhamdulillah..walaupun mungkin itu lakonan namun kesannya itu tetap berbekas.
Justeru,bertindaklah dengan Ilmu dan rujukan wahai manusia yang sedang merasakan bahagia dalam dosa dan maksiat kepada Allah.dirikanlah ibadat kepada Allah biarpun hatimu tidak ikhlas kerana kata Imam Syafie R.A “perbuatlah olehmu ibadat kepadaNya,kalaupun hatimu itu tidak ingat akan Allah sekurang-kurangnya lidahmu tetap menyebut nama Allah”.maknanya,walaupun kita tidak ikhlas solat jangan pula tidak solat tetapi dirikan juga solat itu kerana mungkin hati yang lupa Allah sedangkan lidah yang membaca itu akan menyebut nama Allah.kita adalah hamba Allah yang sentiasa lalai dan alpa,namun janganlah menjadikan kejahilan yang bersarang di hati kita ini satu penyakit yang barah sehingga hilang pedoman kepada pengabdian kepada Allah SWT.berkawanlah,bergurau sendalah,bersosiallah namun janganlah biarkan ianya menjadi suatu yang dosa dan maksiat kepada hokum Allah SWT.biarlah kita dihina,diperlekeh kerana kejumudan kita tentang pergaulan bebas,kebencian kita kepada suatu yang ditegah Allah atau kerana kita berpegang kepada syariat Allah kerana kejumudan seperti itu adalah satu kemuliaan yang besar seperti yang disabdakan NabiSAW “Islam itu sesuatu yang pelik,amatlah sedikit orang yang mengikutnya sedangkan yang sedikit itulah adalah keuntungan yang besar bagi mereka”.
Akhir kata,dalam kita melaksanakan syariat Allah ini,amatlah memerlukan kekuatan yang luar biasa umpamanya menutup aurat dengan sempurna yang mungkin (seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan),lebih-lebih lagi bila kita berada di dalam rumah yang ada di dalamnya ajnabi (orang yang boleh dikahwini) seperti sepupu,ipar,biras dan sebagainya.ingatlah,jalan menuju ke syurga itu sangatlah susah namun bagi mereka yang merasakan kemanisan di dalam ketaatan kepada Allah maka jalan-jalannya amatlah mudah dan dekat.semoga dengan perkongsian yang serba ringkas ini kita semua termasuk saya sendiri akan diberi kekuatan untuk merubah diri kepada yang lebih baik insyaAllah

Sabtu, Februari 12, 2011

KENAPA JADI BEGINI ????


ASSALAMUALAIKUM;


Firman ALLAH SWT:


'.......ada mata, tidak melihat, ada telinga, tidak mendengar........MAKA, mereka adalah seperti binatang, malah lebih teruk dari binatang....."


Kenapa jadi begini ?????

Selasa, Februari 01, 2011

SEKITAR KULIAH P.ISLAM D DKU


Alhamdulillah Kuliah P.Islam telah dapat dilaksanakan di DKU. Kehadiran dan perhatian semua pelajar adalah memuaskan. Terima kasih diucapkan kepada En Firdaus dan En Helmi yang membantu.


Sekian, terima kasih.


Salam hormat;

Us Khairul Anuar Ahmad