DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Sabtu, Mei 22, 2010

Kelebihan Membaca Al-Quran


Rasulullah saw bertanya:"Wahai Iblis, bagaimanakah keadaanmu apabila umatku membaca al-Quran?"Iblis berkata:"Apabila umatmu membaca al-Quran ikhlas kepada Allah swt maka akan hanguslah seluruh tubuhku dan aku merasakan semua urat sarafku putus dan segera aku melarikan diri menghindari diri daripadanya."
Kesimpulan:Anda termasuk dalam kategori yang mana?
1. Anda hanya tahu membaca al-Quran sahaja.
2. Anda tahu membaca al-Quran dan memahami maksudnya terjemahannya.
3. Anda tahu membaca al-Quran, tahu maksudnya dan mengamalkannnya apa yang telah ditetapkan olehNya.
4. Anda tahu membaca al-Quran, tahu maksudnya, mengamalkannya dan menyampaikan kepada orang yang lain.
Beriman dengan kitab adalah Rukun Iman yang keempat. Jadi tidak ada sebab untuk kita menolak segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt di dalam ayat-ayatnya dan tiada sebab juga untuk kita melakukan segala larangan yang telah terkandung di dalamnya.
Jadikan budaya membaca Al-Quran sebagai amalan harian kita......upama kita tidak membaca akhabr harian...maka tidak dapat maklumat....maka jika kita tidak membaca Al-Quran hati-hati kita akan mati......tidak disinari dengan Nur Al-Quran....
Sekian, terima kasih.
Us Khairul Anuar bin Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan