DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Khamis, Mei 13, 2010

TAZKIRAH BULANAN: JAMADIL AWAL

Sabda Rasululah saw:

"Sekiranya umatku mengetahui kelebihan solat jemaah Subuh dan Isyak, nescaya mereka akan datang walaupun dalam keadaan merangkak".

(HR Imam Bukhari dan Muslim)

Keterangan:

1. Hadis di atas martabatnya adalah MUTAWATIR yang bermaksud kedudukan hadis yang paling tinggi di dalam kedudukan semua hadis. Justeru bleh dijadikan hujjah di dalam semua hukum hakam.

2. Rasulullah menyatakan bahawa kelebihan solat berjemaah terutamanya Solat Subuh dan Isyak. Adapun kelebihan solat berjemaah telah jelas kedudukannya iaitu diberi ganjaran pahala 27 kali ganda dari solat bersendirian.

3. Kenapa Rasululah mengkhususkan dan mengutamakan dua solat tersebut.......?

(Jawapanya kena ikut majlis ilmu atau ikuti dalam catatan akan datang).

4. Justeru catatan ini menyeru kepada semua warga ILP Jitra khususnya student supaya dapat mengimarahkan Surau ILP Jitra.

Sekian, terima kasih.

Daripada:

Us Khairul Anuar bin Ahmad
P.Islam ILP Jitra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan