DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Rabu, Julai 21, 2010


Saidina Ali pernah didatangi seramai sepuluh orang untuk menguji beliau. Mereka hendak menguji sejauh mana kebijaksanaan Saidina Ali menjawab soalan yang dikemukakan. Mereka akan bertanya soalan yang sama tentang kelebihan ilmu berbanding dengan harta kekayaan tetapi berkehendakkan jawapan yang berbeza. Lalu Saidina Ali pun memberikan jawapan yang berbeza-beza.1. Ilmu ialah warisan para nabi dan rasul sedangkan kekayaan pula warisan Qarun. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.2. Ilmu menjaga kita sedangkan harta kekayaan kita yang harus menjaganya. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.3. Orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan orang yang berharta mempunyai ramai musuh. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.4. Ilmu jika diajarkan kepada orang lain akan semakin bertambah ilmunya sedangkan harta jika dibelanjakan akan semakin berkurangan. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.5. Orang yang berilmu akan dipandang mulia kerana keilmuannya sedangkan orang yang berharta kadang-kadang digelar sebagai orang yang bakhil atau kedekut. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.6. Ilmu tidak dapat dicuri tetapi harta dapat dicuri. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.7. Ilmu tidak akan lenyap ditelan waktu tetapi harta akan habis disebabkan peredaran masa. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.8. Ilmu itu memberi sinar di dalam jiwa manusia sedangkan harta berkemungkinan memberi kegelapan manusia. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.9. Ilmu itu tiada batas dan penghujungnya tetapi harta itu mempunyai batas dan hadnya. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.10. Ilmu lebih baik kerana ilmu pengetahuan yang ada pada nabi-nabi menggerakkan mereka berkata Allah swt " Kami berbakti dan taat kepadaMu kerana kami adalah hambaMu." tetapi harta kekayaan yang ada pada Firaun, Qarun dan Namrud menyebabkan mereka menjadi angkuh dan sombong. Oleh itu tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta kekayaan.Cari dan tuntutlah ilmu kerana ilmu itu penyuluh jiwa, pengubat hati dikala berduka, menerangkan hati yang teraba-raba mencari cahaya, menjadikan manusia sentiasa berwaspada daripada hasutan syaitan durjana, mendekatkan manusia kepada Allah Yang Maha Esa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan