DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Selasa, Ogos 17, 2010

Senjata Yang Dapat hancurkan Iblis



Rasulullah saw bertanya:"Wahai Iblis! apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?"

Iblis berkata:"Ya Nabi Allah, senjata yang dapat menghancurkan aku ialah:


1. Mereka yang banyak berzikir kepada Allah.

2. Mereka yang bersedekah dengan secara bersembunyi dan ikhlas.

3. Mereka yang banyak bertaubat.

4. Mereka yang banyak membaca al-Quran.

5. Mereka yang mengerjakan sembahyang di waktu malam.


Kesimpulan:

Kita sudah mengetahui senjata yang menghancurkan Iblis tetapi yang menjadi persoalannya mampukah kita melakukannya? Nampak mudah tetapi sukar dilaksanakannya kerana hati kita lebih tertarik dengan pujukan dan godaan Iblis laknatullah. Sebenarnya kita perlu ada istiqamah di dalam diri untuk melakukan perkara di atas. Biarlah sedikit amalan yang kita lakukan tetapi kita melakukannya setiap hari itu adalah lebih baik daripada tidak melakukannya langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan