DENGAN ZIKRU...ALLAH...TENANGKAN JIWA ANDA

Selasa, Oktober 05, 2010

10 WASIAT IMAM SYAFIE....RENUNGKANLAH


“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
1: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkanpercakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUTIaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkankemaafan dari orang yang kita zalimi, membuatpersediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3 : HAK KEPADA KUBURIaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencingmerata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud danmembantu orang yang dizalimi.
4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIRIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dannasihat menasihati.
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dansanggup menanggung kesusahan.
6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARIAKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, sukamembantu orang beriman dan suka berjemaah.
7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepadaibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi danmemperelok akhlak.
8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9: HAK KEPADA NABI SAWIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, danbersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10: HAK KEPADA ALLAH SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan