Israk dan Mikraj adalah satu daripada beberapa mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w.Israk adalah perjalanan Nabi Muhammad pada waktu MALAM dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.BURAQ merupakan kenderaan malaikat dan para nabi untuk tujuan tersebut.JARAK perjalanan yang begitu jauh telah disempurnakan oleh baginda pergi dan balik dalam tempoh tidak sampai pun satu malam - daripada waktu selepas solat Isyak dan tiba kembali ke bumi ( di Baitul Maqdis ) menjelang Subuh.Sidratul Muntaha terletak di atas lagi daripada langit ke tujuh.Manakala Arasy di atas lagi daripada Sidratul Muntaha.Pada waktu MALAM inilah nabi Muhammad s.a.w.ditunjukkan gambaran balasan-balasan terhadap manusia yang melanggar larangan Allah dan ganjaran terhadap rang-orang yang mentaati perintah Allah.PALING PENTING ialah pada malam inilah Nabi Muhammad s.a.w.menerima perintah sembahyang lima waktu secara langsung daripada Allah s.w.t.untuk semua manusia.Sembahyang adalah ibadah yang besar dan agung kerana beberapa amalan malaikat ada tercantum dalam sembahyang.Semasa Mikraj Rasulullah melihat para malaikat beribadat dengan cara masing-masing.Ada yang sentiasa bertasbih,sentiasa bertahmid,berdiri sahaja,rukuk sahaja,sujud sahaja,duduk antara dua sujud dan seterusnya.Ibadat inilah sebagai tiket yang membolehkan seseorang dihisab segala amalnya di akhirat kelak.ABU JAHAL mempersendakan cerita peristiwa ini serta menyanggahnya sedangkan Saiyidina Abu Bakar membenarkan peristiwa agung ini.Hanya orang-orang yang sudah tertutup pintu hati mereka,terus tidak percaya kepada Nabi Muhammad.Mukjizat-mukjizat yang berikan kepada Nabi Muhammad sebaliknya dianggap sihir.Ingatlah! Kita tidak boleh menjadikan sembahyang sebagai topeng keislaman atau lakonan lahir sahaja sedangkan hatinya tiada kekhusyukan terhadap Allah;mereka tidak mendapat pertolongan Allah,tidak digeruni oleh musuh-musuh Islam sebaliknya menjadi mangsa keganasan orang-orang kafir.Kita bimbang,memanglah jumlah Umat islam akan bertambah ramai,tetapi mereka hanya umpama buih di lautan dan menjadi hidangan ( korban penyembelihan ) kepada orang-orang kafir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan